Friday, November 5, 2010

competition "YOUTH CHALLENGE" DO YOU HAVE WHAT IT TAKES?

This is an entrepreneurship and business based competition between university students. There are 16 teams of participants from various universities in Malaysia competing in an elimination style competition to become the winner of Youth Challenge.

Those who interested to join as participants in this coming december, please contact: kantha (014-913 8861) / Desiree (012- 959 8871) / Nor (013-740 8184) or you may visit our blog:

http://ychallenge2010.blogspot.com/

Ini merupakan satu pertandingan antara mahasiswa dari universiti tempatan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Terdapatnya 16 kumpulan dalam Youth Challenge akan bertanding untuk menjadi pemenang Youth Challenge.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi peserta, anda boleh menghubungi: kantha (014-913 8861) / Desiree (012- 959 8871) / Nor (013-740 8184).

Saturday, October 16, 2010

Tuesday, September 21, 2010

~Politik Sebagai Wasilah Untuk Berbakti~

Sesungguhnya, tempoh tiga atau empat tahun dalam konteks pengajian ijazah pertama misalnya amat pendek. Justeru, dalam tempoh sesingkat itu, golongan pelajar perlu membina keupayaan yang tinggi sebelum melangkah ke pangkuan masyarakatnya. Hanya melalui ilmu, nilai dan kemahiran, mereka mampu mendepani masa hadapan dengan pertimbangan dan keputusan yang tepat.

Ini termasuklah dalam soal berpolitik. Politik memerlukan kepada kekuatan ilmu, nilai dan kemahiran. Politik tanpa ilmu, nilai dan kemahiran akan menjadikan politik itu sekadar komoditi atau bahan dagangan semata-mata untuk kepentingan tertentu.

Sebaliknya, politik wajar menjadi wasilah dan pegangan kepada kita untuk berbakti dan menyumbang. Bukan untuk kepentingan peribadi tetapi untuk kepentingan rakyat dan kesejahteraan agama dan juga negara.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0818&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm&arc=hive

Friday, August 20, 2010

Ikut piawai antarabangsa

SUDAH ada lima Universiti Penyelidikan negara sekali gus membuktikan proses penjanaan dan pembudayaan ilmu semakin meningkat serta diperakui.Kewibawaan Universiti Penyelidikan sentiasa mendapat perhatian sekali gus menjadi cabaran kepada institusi terbabit mengekalkan kecemerlangan.

Bagaimanapun, di tengah kerancakan memperkasakan mutu pendidikan negara, wujud suara sumbang bahawa kemampuan dan status prestij itu hanya gah dalam negara tetapi di peringkat antarabangsa, kita tertinggal jauh.

Label jaguh kampung, stigma yang kurang menyenangkan sedangkan Kementerian Pengajian Tinggi melakukan pelbagai usaha meningkatkan status itu.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Ir Dr Zaini Ujang, berkata tidak adil masyarakat membandingkan institusi negara dengan institusi luar terutama yang lama menempa nama selain melabelkan institusi tempatan hanya gah atau jaguh kampung.

Beliau berkata, penubuhan Universiti Penyelidikan bukan usaha yang boleh diperlekehkan kerana syarat ditetapkan bukan mudah sebaliknya memenuhi piawaian di peringkat antarabangsa."Saya tidak gemar tindakan masyarakat membandingkan institusi tempatan dengan antarabangsa. Walaupun tidak salah, ia boleh menjatuhkan kredibiliti kita.

"Menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah. Universiti Penyelidikan dibangunkan atas wawasan merencanakan ilmu menjadi wadah tertinggi, profesional dan diiktiraf," katanya.
UTM menjadi Universiti Penyelidikan kelima negara pada 10 Jun 2010 menyertai empat lagi institusi lain iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Beliau berkata, sebagai Universiti Penyelidikan, banyak tanggungjawab dan cabaran terpaksa dilunaskan, antaranya memastikan peningkatan graduan pasca siswazah yang menjadi salah satu syarat utama selain penyelidikan, penerbitan dan pengantarabangsaan.

"Bukan mudah memastikan wacana pendidikan institusi pendidikan negara setanding institusi lebih tersohor. Meskipun dianggap institusi baru, ia mampu melakar nama dan menyahut cabaran itu.

"Universiti Penyelidikan menjadi peneraju dan contoh kepada institusi pengajian tinggi lain," katanya.

Beliau mengakui, kekangan kewangan adalah masalah utama di Universiti Penyelidikan kerana kos penyelidikan bukan murah.

"UTM menyediakan peruntukan dan bersedia berdepan cabaran. Penting proses penjanaan ilmu dan tanggungjawab berjalan seiring," katanya.

Ditanya wujudkah persaingan antara Universiti Penyelidikan sedia ada Dr Zaini, berkata senario itu wajar dilihat serta dinilai melalui sudut positif.

"Persaingan itu sihat kerana Universiti Penyelidikan sedia ada pasti berusaha menampilkan kualiti dan persembahan terbaik. Ia positif dalam konteks pembangunan pendidikan negara kerana masing-masing mahu melahirkan kecemerlangan.

"Isu remeh tidak perlu dipolitikkan. Lebih baik bekerjasama bagi memastikan negara dan masyarakat memperoleh manfaat di masa depan," katanya.

(sumber : harian metro)

MPMUTM bantu capai misi tingkat produk inovasi

BAGI menyokong pemilihan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai universiti penyelidik kelima negara, Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM (MPMUTM) berhasrat membantu meningkatkan produk inovasi peringkat institusi, sekali gus menjadikan UTM pusat kecemerlangan ilmu, produktiviti dan kreativiti.
Presidennya, Muhammad Zaki Omar berkata, sokongan itu diharap mampu melonjakkan status UTM sebagai institusi tersohor negara.


Menurutnya, MPMUTM berusaha mengetengahkan idea serta produk mahasiswa ijazah sarjana muda yang turut setanding dan berpotensi di peringkat sarjana dan doktor falsafah.


"Selalunya hanya idea dan produk program sarjana dan doktor falsafah diberi perhatian, kali ini kita turut menghargai penghasilan mahasiswa peringkat ijazah sarjana muda.


"Langkah ini bertujuan mendedahkan mereka dengan suasana baru pembelajaran yang berorentasikan penciptaan. Ia juga platform mencari pengalaman baru, selain memantapkan penguasaan ilmu dan insaniah.


"Paling penting, industri dapat mengenali dan mencungkil potensi mereka. Sudah tentu impaknya besar bukan saja pada mahasiswa tapi institusi," katanya.


Bagi merealisasikannya, MPMUTM berhasrat menganjurkan Inovation Day UTM, selewat-lewatnya tahun ini.


Program itu akan menjadi platform mahasiswa menyumbang idea, prototaip dan produk untuk dinilai pihak industri.


Ia terbuka kepada mahasiswa antarabangsa sebagai langkah UTM menuju pengantarabangsaan.


Mengenai kebajikan mahasiswa, Muhammad Zaki berkata, semua rungutan terutama mengenai Internet dan pengangkutan sudah diatasi.


MPMUTM turut mengalu-alukan perkongsian idea bagi memantap dan memperbaiki perkhidmatan, justeru mahasiswa terbuka memberi pandangan atau teguran.

(sumber : harian metro)

Campus Sustainability Forum

Tarikh : 26 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat : Dewat Senat, Bangunan Sultan Ibrahim, UTM

Tajuk : SUSTAINABLE BUILDING DESIGN

Moderator:
Prof. Madya Dr. Zaharah Ibrahim (Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan, FBB)

Panel:
1) Prof. Dr. Noor Aini Abdul Rashid (Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan, FBB)
2) Ar. Hajjah Mumtazah Mustajab (Pengarah Projek Pembangunan, nextGRID SB)

Anda Semua Dijemput Hadir.

(sumber : MPMUTM)

Kejayaan kali kelima berturut-turut sejak diperkenal pada 2005

UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) muncul juara Kejohanan Mendayung Jemputan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 2010 buat kali kelima berturut-turut sejak diperkenalkan pada 2005 yang berlangsung di Kompleks Sukan Air, Putrajaya, baru-baru ini.
UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) muncul juara Kejohanan Mendayung Jemputan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 2010 buat kali kelima berturut-turut sejak diperkenalkan pada 2005 yang berlangsung di Kompleks Sukan Air, Putrajaya, baru-baru ini.
UTM unggul dengan 114 mata meninggalkan pencabar terdekatnya, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan UNITEN, 72 dan 68 mata sekali gus menduduki tempat kedua dan ketiga. Kapten pasukan UTM, Mohd Ridzuan Abdul Halim, 24, berkata pasukan UTHM sentiasa memberikan saingan sengit kepada mereka sejak sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia yang lepas.

”Walaupun lawan memiliki saiz fizikal lebih besar ternyata ia bukan penghalang kepada kami untuk memenangi kejohanan ini buat kali kelima berturut-turut tahun ini.

”Kami sentiasa berlatih selama dua jam pada waktu petang bagi memantapkan kemahiran dan pada hujung minggu pula kami akan berlatih di Ulu Yam, Selangor di bawah pengawasan Persatuan Mendayung Malaysia,” katanya.

Pasukan johan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 serta piala pusingan dan sijil penyertaan. Hadiah disampaikan Naib Canselor UNITEN, Prof Datuk Ir Dr Mashkuri Yaacob kepada pemenang.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Alumni dan Pengurusan UNITEN, Dr Mohamed Nasser Mohamed Noor dan Ketua Pegawai Operasi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ir Azman Mohd.

Kejohanan anjuran UNITEN dengan kerjasama TNB dan Persatuan Kayak Malaysia itu disertai 13 pasukan institut pengajian tinggi iaitu Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Mara, UTHM, Universiti Pertahanan Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Kuala Lumpur dan Chinese University of Hong Kong, Hong Kong.

(sumber : berita harian)

Friday, August 13, 2010

DISKUSI ASPIRASI "MAHASISWA & POLITIK KEPARTIAN"

Diskusi Aspirasi "MAHASISWA & POLITIK KEPARTIAN" akan diadakan pada :

Tarikh : 22 OGOS 2010 (AHAD)
Masa : 9 pagi - 12.30 tengahari
Pendaftaran : 8.45 pagi
Tempat : Dewan Seri Melati Perbadanan Putrajaya (depan Istana Kehakiman)
Panel : YB Datuk Mukhriz Mahathir
Mohd Shahar Abdullah
Ahmad Wafi

Sebarang masalah & pengesahan kehadiran hubungi Saudara Syukri 0137792523

Saturday, July 24, 2010

kahkahh CORNER

Kah..kah..kah… apa barang buang duit untuk mengambil hati mahasiswa baru…. Kah..kah..kah….
Kah..kah..kah… ingat bagi mahasiswa baru nie air bleh amik hati ka…. Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah… air jampi ka apa 2… Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah… kalu keracunan makanan sapa nak tanggung… Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah… apa jadi ngan air universiti sediakan Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah… nak bagi air university membuang ka???.... Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah… bagi air 2 ada niat tertentu ka atau niat lain bang….. Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah… Dalam Islam ajar macam 2 ka bang……. Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah… kata perjuangkan agama Islam tuk parti……. Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah…atau buang masa ja nak mengambil hati mahasiswa baru nie…. Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah… lebih baik duk bilik baca buku lagi bagus…. Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah… apa guna agent2 yang ada… makan gaji buta ka…. Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah… bagai pinang dibelah lapan belas…. Macam katak duduk dalam gelas… kah..kah…kah…
Kah..kah..kah… dia ingat budak2 nie nak undi dia ngan raih simpati macam tu ker…… Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah… lawa sgt ka muka Agent PMI 2 yang tampal kat keta 2…. Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah… macam muka tertelan teloq ja… Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah… kalau hensem macam bradpit n lawa macam angina joli xpa la gak….. Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah… lebih baik duit 2 spend beli tebung buh kat muka ka…… Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah… bagi cerah xnampak jerawat tersemboq keluaq 2…. Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah… baru lawa macam OPERA cina…. Kah..kah..kah…

Perasmian oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian & Warisan

Yang Berhormat Datuk Rais Yatim telah merasmikan program Bicara Karya pada awal julai lalu, pada masa yang sama beliau juga telah merasmikan buku terbaru Prof. Dato' Dr. Ir Zaini b Ujang (Naib Canselor UTM) yang berjudul "Inovasi Membudayakan Ekonomi Negara"

Kempen Anti Merokok....

Slogan "Gaya Hidup Sihat" adalah amat bersesuaian dengan mahasiswa pada masa kini. Bagi menyahut cabaran ini, pihak Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA) dengan kerjasama Unit Keselamatan dan Pusat Kesihatan UTM melancarkan Kempen Anti-Merokok. Kempen ini telah dijalankan pada Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM)

Tiada Lagi MHS????

Minggu Haluan Siswa (MHS) telah ditukarkan kepada Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) atas cadangan Naib Canselor UTM sendiri. Nama MHS ini telah lama digunakan sejak 4 tahun yang lepas. Objektif penukaran nama minggu orientasi tersebut adalah sebagai usaha UTM bagi mentransformasikan mahasiswa sebagai persediaan untuk mencapai status universiti Apex menjelang 2012.

1 MALAYSIA

UTM telah menyahut seruan kerajaan untuk membantu negara untuk membina sebuah negara bangsa melalui penubuhan kelab 1 Malaysia UTM. kelab ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kelab yang disertai seramai 15 orang dari setiap kolej dilatih bagi menghayati semangat 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Razak.

Harga Minyak naik lagi???

baru-baru ini kerajaan telah mengurangkan subsidi minyak sebanyak RM 0.05 ke atas jenama Ron 95. sebagai langakah membantu mahasiswa, Majlis perwakilan Mahasiswa (MPM) berusaha untuk mendapatkan rebat tersebut.

CONGRATULATIONS!!!!

  • Tanggal 10 Jun 2010, Dato' Seri Najib bin Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia) telah mengumumkan UTM sebagai Universiti Penyelidikan yang kelima.
  • Robocon UTM telah berjaya mendapat tempat pertama dan kedua seterusnya membawa nama baik universiti ke seluruh Malaysia.
  • UTM juga merupakan satu-satunya universiti yang telah menerima 'software' terkini iaitu Microsoft 10.
  • Tahniah kepada skuad bola sepak UTM kerana telah berjaya memenangi pertandingan liga bola sepak dan bakal mewakili UTM ke Itali.

~SANTAI~


TOKOH : NAIB CANSELOR UTM PROF. DATO' IR DR. ZAINI B. UJANG



Naib Canselor UTM, Yang Berbahagia Prof Dato' IR Dr. Zaini b. Ujang adalah seorang pemimpin universiti yang mempunyai matlamat dan hala tuju membawa universiti ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau juga adalah Naib Canselor termuda memacu kegemilangan universiti dalam pelbagai peringkat dalam negara mahupun luar negara. antara pencapaian yang telah diperolehi ialah seperti Merdeka Awards, Rider Digest, Most Trusted Brand, Research University dan lain-lain. Beliau mempunyai hubungan baik dengan universiti-universiti terkemuka luar negara antaranya Harvard University. selain daripada itu, beliau juga telah memberi peluang kepada lima ribu mahasiswa untuk terbang bersama Air Asia di bawah Global Outrage Programme (GOP).

Beliau telah mula mengubah penstrukturan mahasiswa dengan meningkatkan pengambilan pelajar PostGraduate dan mengurangkan pengambilan Undergraduate. Dengan pengubahan penstrukturan ini, maka ini telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari luar negara. Pada tahun ini, pengambilan mahasiswi telah ditingkatkan kepada 53% daripada 47% mahasiswa lelaki. Beliau telah membawa perubahan dalam Dasar Pembangunan Mahasiswa (DPM) dimana denagan mengubah Minggu Haluan Siswa (MHS) kepada Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM). Beliau merupakan NC yang mengambil berat dengan persekitaran kampus. Antaranya penggunaan plastik, polisterine dan bahan yang mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi.

Beliau
juga telah melestarikan kampus dengan aktiviti yang menceriakan dan menjaga keharmonian persekitaran kampus. Beliau berminat dalam sukan berbasikal. Beliau berbasikal mengelilingi kampus semasa pendaftaran mahasiswa baru 2010/2011 bersama-sama pegawai-pegawai kanan serta pemimpin mahasiswa universiti. Walaupun beliau sibuk dengan aktiviti dalam bidang akademik, penglibatan beliau dalam bidang sukan tidak dilupakan,khususnya dalam sukan berbasikal. Aktiviti sihat ini diamalkan beliau selepas waktu bekerja beliau iaitu diantara jam lima hingga enam setengah petang. Dikesempatan ini, beliau dapat mengelilingi kawasan kampus dan beramah mesra dengan warga kampus khususnya mahasiswa-mahasiswa dengan mudah dan juga dapat melihat sendiri permasalahan yang berlaku di sekitar kampus. Berdasarkan pengalaman saya bersama beliau, saya sendiri pernah berbasikal bersama-sama beliau ke kolej 9 untuk bermain futsal dan juga bola tampar. Baru-baru ini, beliau telah berbasikal ke tasik untuk melihat kelengkapan kecergasan yang tidak boleh digunakan lagi. Beliau terus meminta pegawai yang bertanggungjawab untuk terus membaiki kerosakan tersebut. Ini bagi mengelakkan kerosakan besar yang berlaku yang mengakibatkan perbelanjaan yang besar.


Sebagai penutup kata, kami di UTM berdoa semoga Yang Berbahagia Prof Dato' IR Dr. Zaini b. Ujang akan terus maju menerajui pucuk pimpinan universiti di samping membawa imej universiti yang kita cintai ini.