Saturday, July 24, 2010

TOKOH : NAIB CANSELOR UTM PROF. DATO' IR DR. ZAINI B. UJANG



Naib Canselor UTM, Yang Berbahagia Prof Dato' IR Dr. Zaini b. Ujang adalah seorang pemimpin universiti yang mempunyai matlamat dan hala tuju membawa universiti ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau juga adalah Naib Canselor termuda memacu kegemilangan universiti dalam pelbagai peringkat dalam negara mahupun luar negara. antara pencapaian yang telah diperolehi ialah seperti Merdeka Awards, Rider Digest, Most Trusted Brand, Research University dan lain-lain. Beliau mempunyai hubungan baik dengan universiti-universiti terkemuka luar negara antaranya Harvard University. selain daripada itu, beliau juga telah memberi peluang kepada lima ribu mahasiswa untuk terbang bersama Air Asia di bawah Global Outrage Programme (GOP).

Beliau telah mula mengubah penstrukturan mahasiswa dengan meningkatkan pengambilan pelajar PostGraduate dan mengurangkan pengambilan Undergraduate. Dengan pengubahan penstrukturan ini, maka ini telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari luar negara. Pada tahun ini, pengambilan mahasiswi telah ditingkatkan kepada 53% daripada 47% mahasiswa lelaki. Beliau telah membawa perubahan dalam Dasar Pembangunan Mahasiswa (DPM) dimana denagan mengubah Minggu Haluan Siswa (MHS) kepada Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM). Beliau merupakan NC yang mengambil berat dengan persekitaran kampus. Antaranya penggunaan plastik, polisterine dan bahan yang mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi.

Beliau
juga telah melestarikan kampus dengan aktiviti yang menceriakan dan menjaga keharmonian persekitaran kampus. Beliau berminat dalam sukan berbasikal. Beliau berbasikal mengelilingi kampus semasa pendaftaran mahasiswa baru 2010/2011 bersama-sama pegawai-pegawai kanan serta pemimpin mahasiswa universiti. Walaupun beliau sibuk dengan aktiviti dalam bidang akademik, penglibatan beliau dalam bidang sukan tidak dilupakan,khususnya dalam sukan berbasikal. Aktiviti sihat ini diamalkan beliau selepas waktu bekerja beliau iaitu diantara jam lima hingga enam setengah petang. Dikesempatan ini, beliau dapat mengelilingi kawasan kampus dan beramah mesra dengan warga kampus khususnya mahasiswa-mahasiswa dengan mudah dan juga dapat melihat sendiri permasalahan yang berlaku di sekitar kampus. Berdasarkan pengalaman saya bersama beliau, saya sendiri pernah berbasikal bersama-sama beliau ke kolej 9 untuk bermain futsal dan juga bola tampar. Baru-baru ini, beliau telah berbasikal ke tasik untuk melihat kelengkapan kecergasan yang tidak boleh digunakan lagi. Beliau terus meminta pegawai yang bertanggungjawab untuk terus membaiki kerosakan tersebut. Ini bagi mengelakkan kerosakan besar yang berlaku yang mengakibatkan perbelanjaan yang besar.


Sebagai penutup kata, kami di UTM berdoa semoga Yang Berbahagia Prof Dato' IR Dr. Zaini b. Ujang akan terus maju menerajui pucuk pimpinan universiti di samping membawa imej universiti yang kita cintai ini.


No comments:

Post a Comment